Tuesday, March 30, 2010

Siapa patut menang

Siapa patut menang..angkat tangan!!!!!!!!emmm..senangnya la kalu boleh menang semudah ini.Kadang-kadang kalau kita berbual dan membetulkan apa yg salah,orang akan kata "Emm..yela..asyik ko je la yg betul.aku ni salah"..



Saya : Motor adik aku hilang semalam

Si B : Haaa??Mcm mana boleh hilang (respon biasa utk topik lebih kurang mcm ni)

Saya : Mesti la org curi

Si B : Tak pakai kunci pendua ker?

Saya:
mailto:&&**$%5E#@%&$% (pening..kunci pendua?utk apa?elak kena curi?ehh??) Untuk apa?



Kunci pendua yang dimaksudkan si B ialah kunci lain selain kunci utk hidupkan enjin.Contohnya solex/mangga pada rim motor.



Si A: Eh kunci pendua tu kan kunci duplicate?Kunci yg sama tapi ditempah 1 lagi utk simpanan

Si B: Sama la tu..(Dengan marahnyeeee...)

Si A:Oooo ek?tak tau lak tu pun knci pendua

Si B :Ah..ko je la yang betul..



Ehh..dlm situasi ini saya keliru..(ohhh..teringat lagu ajai&nurul..aku makin keliru). Salah ker?saya cuma bagitau je apa yg saya faham.Takpe la..tak guna nak gaduh..saya abaikan saja Si B



Moral : Kadang-kadang kita merasakan diri kita betul.Tapi yg sebenarnya kita tak la betul sgt termasuk la saya..mungkin pada saya mmg salah dia dan pada dia bnd ni mmg salah saya. Apa-apa pun..Respect each other!
(Pelik ek..nape si B tiba-tiba naik hangin)

Monday, March 29, 2010

Perlu kah??

Perlu?Apa yg perlu?Perlu ke memakai barangan yg branded?
Berkereta mewah?Megah ker?Saya agak bingung untuk menjawab bila ada segelintir org tanya
Kenapa tak beli vios?honda?Baru stylo (masa ni aku tgh fikir gak nak keluar kereta apa.yg ada dalam senarai aku Viva,Myvi,Persona dan si comel kelisa.. orang yg tanya tu macam la nak tolong bayar bulan).Bila saya ajukan soalan..Perlu ke?Makcik yang tanya tu jawab..Mestila..baru nampak berduit..Gile!Orang kata..org kaya takkan mengaku dia kaya.Orang yg suam2 kuku kaya saja yg akan terhegeh2 nak umumkan kat org sampai sanggup keliling kg nak inform dia kaya.Perlukah?Tiap2 bulan takde duit nak byr ansuran kereta ada org nak tolong ker?Saya semakin tak faham dan semakin kusut bila ada org pertikaikan pakaian saya yg tak branded (even saya beli di Sogo..eh..barang sogo kira ok ape kan?=p) Alahai..agak-agak bila saya mati nnt ada org akan tanya kain kafan saya brand apa ker?.Em.suka hati la kalu tak branded pun..aku pakai duit ko ker???issshhhh..mula la nak hilang kesopanan aku ni..huh..tarik nafassss...tenanggg..lepaskan perlahan2..emmmmm..relax..Bila saya agak sakit hati dengan org2 yang mcm ni saya akan baca entri sahabat saya ini berulang kali (terima kasih byk2 ye yaya). Apa yg buat saya tertarik sgt2 ialah sahabat saya ini mempunyai pendapat yg sama dgn saya w/pun dia ada kerjaya yg pada sgt stabil dan sgt membanggakan (kredit tuk aku ye yaya..=p)...Tu la org yg sepatutnya mampu takde pun nak berlagak mcm tu..emmm..mcm2 la org zaman sekarang ni..Suka hati la..asalkan saya tak busuk dan tak selekeh mcm pekerja kat loji saya semasa mencuci screen incoming..biar pape asal bergaye konon...hampehhhhhhhhhhhh

pssstt..psst...nanti kain kafan ko jenama apa?Pavilion ada jual?

Friday, March 19, 2010

aLkISah KukU

alKisah Kuku.Artikel ni saya peroleh dari rakan setugas.Kadang-kadang email yg mereka jarang yang akan saya baca.Tapi artikel ini agak menarik minat saya.Kerana saya suka melihat jari-jari runcing sebahagian rakan yang pandai bergaya dgn kuku yg panjang.Cantik..teringin ada jari jemari yg cantik berhias macam tu.Tapi saya bukan jenis wanita (wanita ker?macam tua sgt la..heheh) yang rajin membelek apa yang ada.Selepas membaca artikel ini saya bersyukur tidak terlalu terikut dengan kehendak hati.Jadi mari kongsi artikel ini.

Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama seperti memelihara sekandang babi, jika kesemua jejari kita menyimpan kuku yang panjang.... bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk kesemua babi-babi tersebut.... potonglah kuku anda.

Jangan ada niat simpan kuku panjang, walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia jugabukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak. Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau pun degil dan suka melepak sebab diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong, dll.. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala.

Percayalah.
Pasal tabiat berkuku panjang inilah yang membuatkan orang Melayu mundur dan tidak berjaya. Syarikat Melayu yang bangkrap dan rugi teruk adalah kerana mempunyai pekerja dan pemilik yang berkuku panjang . Untuk yang bujang beringatlah. Kalau hendak cari pasangan dan mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.

Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri. Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali rhu. sesudah bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan , Nabi Muhammad Saw.. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari: 1] jari manis 2] jari kelingking (anak jari) dan jangan memakai pada jari: 1] jari tengah 2] jari telunjuk Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s. Perhatian : Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki atau pun perempuan. p/s: saudara dan saudari, sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara- mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah Swt. Nabi saw. memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi saw. senang je kita dapat kita pahala.