Thursday, April 22, 2010

Bahasa Jiwa Bangsa

Kisah Benar.....Berhati-hati

Satu petang yang hening...aku (selamat bin dol ) duduk berehat2 di depan umah sambil menghisap rokok jenama Thailand(murah skit) huhuhu..sementara itu anak ku yang berusia 3 tahun sedang bermain2 di ruangan tengah...aku lihat dia tersenyum sorang2..ape lah yang dia pikir agaknyer...isteriku?ade kat dapur nun..memasak. bahagia kan famili ku ini...isteri ku mmg ckup rajin memasak, anak ku pulak petah berkata2 menghiburkan kami se famili..alahai...aku senyum sorang2 gak bangga memiliki famili ni....

Tgh aku dok senyum2 tetibe anak aku dtg...'abah..mak nak cerai...'
Aku tersentap..mata ku otomatik bepinar..rokok tetap maintain kt mulut..

Tetibe je dia nak minta pepisahan??? Aku ni bkn insan yang lemah,cukup nafkah zahir batin kat bini aku tuh.
Umah ni pun aku beli pakai nama dia...(aku beli je...dia yang bayar..hehehe) pas tu keta kt depan umah tu mmg aku dah habis bayar pun khas utuk dia (kancil 660 thn 1999)hape lagi yang kurang..dengan panas kepala ni aku terjah dia kat dapur

'YAH, APE KURANG KE KASIH SYG ABE KT AWOK?, APE ABG NI TAK HENDSOME LAGI KE SMPAI AWAK NAK MITA TUUUUI!!! TERGAMAK AWAK WAT ABG MACAM NIE.....!!!!'

Ape nie bang....susah sgt ke nak bagi?

YAH! AWAK JGN UJI SAYA!

Iye lah..lau berani buat lah...

YAAHHHHH......AWAK MELAMPAU! Kaki aku dah mengeletar,peluh menitik2,idung aku kembang kempis,kat telinge aku dah terdengar2 lagu Anang..jari jemari dah sejuk...sanggup kah aku ucapkan perkataan itu....

Iye..buat lah bang OIIIII...saya nak masak gulai ni g lah ambik serai tu cepat..boboi tak cakap kat awak ke...

HAH SERAI??????? Betuah punyer anak...pelat....

Pssstttt:Ceyai Vs cerai...B carefull ngan bahasa anak anda...
Jgn biarkan hidup anda diselindungi Misteri ....

Wednesday, April 21, 2010

Baik-baik Sayang

Baik-baik sayang..Bila akan ada insan yg sanggup menjaga saya dunia dan akhirat ni?Kadang2 sedih..orang akan asyik tanya je.Paling2 remeh pun org akan tanya bila nak bertunang.Takpela..syukur ada org yg prihatin dgn saya sbb tu mereka asyik tanya.Belum ada yang terbaik utk saya.Allah sedang mengatur perjalanan yang terbaik utk saya.Dunia dan akhirat.InsyaAllah


psssttt:video lagu Baik-baik Sayang akan menyusul kemudian ye

Berani

Kenapa ramai sgt orang yg suka tikam belakang?Em..lain kali pegi la main tikam nombor.Tak menyusahkan org lain.Paling koman pun duit korang yang habis.Ni tak..main tikam belakang orang pulak.Emm..tak faham..kenapa berani buat tapi tak berani nak tanggung risiko?Nape mesti menuding jari pada orang lain?Kenapa mesti menggunakan nama orang lain utk selamatkan diri?Itu la...masa saya susah..masa saya menghadapi masalah yg sama, takde sapa nak tolong, paling tidak duduk sama berbincang.Sedangkan masalah ni melibatkan semua orang.Tapi masa tu saya sorang je yg perasan masalah yang bakal menyusahkan saya dan org lain.Tapi takde sapa nak amik peduli..yg paling panas bila ada org sound 'Lantak ko la..sistem aku ok je'....Sekarang bila dh kena batang hidung sendiri, baru nak kelam kabut tanya saya ye?'Eh dik, hari tu ko cakap ye yg pasal sistem tu?'...pandai pulak canang kat semua bos kata bukan awak sorang je hadapi masalah ni.Pandai pulak gunakan nama saya dan menuduh saya yg rosakkan sistem..Aloooooo..kalau awk tu buta IT tapi masih berfikir sebelum bertindak, mesti awk tak kan terus hanyut di bawa masalah sistem.Sistem ni manusia yang buat.Mesti ada cara yg hadapi masalah yg tak besar sgt tu.Tu la...lain kali masa org duduk berbincang,tolongla bagi kerjasama.Jgn ingat ni bukan masalah awk,awk tak perlu tolong selesaikan.Dari awal dah diberitahu,masalah ini akan melibatkan semua org.Sombong sgt..Silap ye kalau awk nak menuduh saya.Awak sorang je yang tak tau nak selesaikan masalah ini.Kami semua dah tau =)
Awak yg buat silap.Kenapa nak tuduh saya?Awak yg tak nak amik tau masa saya sibuk2 nak ajar rakan2 lain.Awak yg rasa saya budak baru yang tak tau apa2.Awak ingat awk keje lama,awak tau semuanya?Awak ingat sy baru,saya tak boleh tolong rakan2 saya?Awak silapppp..Baru ke lama..apa yang penting..KERJASAMA!!!!!

Tak Perlu Tunggu Hari Jumaat

Tak Perlu Tunggu Hari Jumaat Utk Tazkirah =P....Selagi ada masa, InsyaAllah kita boleh berkongsi...

Keberkatan surah al-ikhlas

Ketika Memulakan Kerja
Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akankeluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, merekaakan berlari keluar umpama cacing kepanasan.

Sebelum Masuk Ke Rumah
Sebelum anda masuk rumah, bacalah surah Al-Ikhlas (sebanyak 3 kali.. Masuklah rumahdengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumahdan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.

Amalkanlah bersolat
kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam,seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi merekayang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnyamenjawab salam malaikat itu.

Ketika Sakit
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktusakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya,akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengansayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. Demikian diterangkandalam Tadzikaratul Qurthuby).

Khatam al-Quran
Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya: Siapakah antarakamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa dua-tiga minit? Tiada seorang darisahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianyamustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat.Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepadaSaiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apayang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali.Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran.Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianyasama dengan membaca 30 jus Al-Quran.

Pahala Membacanya
Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Ketika saya (Rasulullah SAW)israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satusendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padangsahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang Sahara itu seluas dari timur hingga ke barat.Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surahAl-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka:Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepadaorang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.Sabda Rasulullah SAW lagi: Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnyaQul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itutertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayapmalaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a..s.

Sunday, April 18, 2010

Pagi yang bengang!!

Apa agaknya rasa kalau pagi2..ada org nak pinjam stapler?Lepas tu pinjam pembaris..Liquid paper..pen hitam..blaa...blaa...blaaa...Dah la pg isnin.Company dah bagi stationary masing2.Guna la barang sendiri.Kalau sekali sekala takpe.Ni sekali sekala je tak pinjam.Tu pun sebab dia cuti.Bila di bahasakan pandai pula jawab "Oh..aku punya tertinggal kat rumah" Aduh bro...agak2 la..barang company kegunaan utk kerja.Bukan nak bg anak buah kau bawak pegi sekolah.Tak tau hukum haram dan halal ker?Nasib baik share 1bilik 2 orang.Kalau 15org habis semua harta aku.Tertinggal kat rumah konon...kalau dah tiap2 hari pinjam barang aku..tu bukan tertinggal sengal!!Dahla nak pinjam tu bkn tau nak tgk mood aku.Time2 aku sibuk nak siapkan slide utk meeting,time tu la nak pinjam.Bila HR tak bagi stationary merungut2.Bila dah bagi,bawa balik.Nak mintak pada HR tau takut kena marah.Memang patut pun..ada akal fikir la..Cakap berapi,aku yg duduk sebelah pun nyaris-nyaris terbakar baju aku.Kalau berani sgt,pegi la mintak stationary kat HR lagi!Hari tu pinjam Marker Pen pun tak pulangkan.Bila tanya-"Eh rasa dah pulangkan"..Memang sah ko dh bawak balik pen aku tu.Ingat2 la bro..apa saja harta company tu AMANAH.Bila dibagi,gunakan sebaiknya.

psssttt: Bro, aku tau ko baca entri aku ni.Suka hati ko la nak cakap aku ni perempuan leceh or whatever.Ada aku kisah????

Wednesday, April 14, 2010

Sharing Is Caring


Sharing is caring (as long as you are not married..hehehe) .So lets share this info

Doa senjata orang mukmin. Pelbagai cara orang menadah tangan ketika berdoa.Kaedah yang baik dan tampak sopan ketika bermunajat dengan allah SWT adalah lambang kesungguhan, lambang penuh pengharapan kita kepada Khalik.
Pada tapak tangan kita ada banyak lambang kebesaran dan kemuliaan Allah SWT termasuk 99 nama Allah. Kita akan nampak urat tangan kanan dan kiri bercantum seakan membentuk sampan.


"Apabila urat tangan itu bertemu ia akan menjadi hufur 'ba' . Titik 'ba' letak di hati kita. Kedudukannya rendah dari tangan yang kita tadah. Setiap huruf hijaiah di dalam Al-Quran Allah perintahkan satu malaikat menjaganya.Maka malaikat yang menjaga hufur 'ba' bernama 'Har Hayaail'.


Malaikat ini akan mengangkat doa kita terus mengadap Allah SWT tanpa sebarang perantara. Oleh itu berdoalah bersungguh-sungguh dengan penuh pengharapan"

Duduklah dalam keadaan iftirasy dan duduk tahayat akhir.Jika berdiri tegakkan badan betul-betul dan jangan menyandar
psssttt...semoga doa saya dan anda semua termakbul..aminnnnn

Monday, April 12, 2010

Di mana ada kemahuan di situ ada highway

Di mana ada kemahuan,di situ ada highway~ceritanya....saya rasa saya mmg begitu..begitu mcm mana?sebelum berjaya buat sesuatu,pasti akan ada kemusnahan..saya ingat lagi.....

Semasa di Tingkatan 3
Masa tu Cikgu Halimah yang mengajar kelas ERT.Waaa..sgt teruja masuk dlm kelas ni.Saya suka sbb cikgu Halimah cantik,lembut tetapi tegas.Beliau agak keibuan.Waaa..rindunyeeee.Antara sub topiknya..kelas jahitan..aduh..sgt2 lemah.Emak saya tak pandai menjahit..tp ni bukan salah emak..tp salah saya..hehehe...Setiap kali kelas ERT Cikgu Halimah akan panggil..Hasrina..awak punya mana..Aduhh..time ni saya dh bersedia utk menadah telinga mendengar bebelan cikgu yg baik ni..saya dgr bangganya tunjukkan hasil kerja saya.Oh sebelum tu..ini bkn jahitan seluar tidur atau sarung bekas tisu..tapi hanya contoh jenis2 jahitan..Ini pun failed!!waaaahhhhhhh..saya sgt tidak ada seni..sape kata org kidal kreatif?Saya tidak!!!sgt2 tidak...hehehe.Jahitan jelujur pun senget..jelujur halus pun buruk..silang pangkah?sembat?insang pari dan yg lain2 semuanya saya buat sama dgn jahitan jelujur kasar.hahahaha..label nama je lain...waaaaa..malu sgt..kawan2 sy punya cantik2..tak kira la mak diorg buatkan ke atau buat snd.Tapi lebih baik dari hasil saya.Saya malu..Cikgu yg baik tu suruh saya betulkan..Bila balik saya buat bersungguh2.Tapi percaya atau tidak..utk mmbuat cth2 jahitan saja saya telah patahkan 1kotak jarum..yeee.1kotak..kotak yg bulat tu..hehehe..dasatkan?Tapi hasilnya mampu membuat muka cikgu baik tu tersenyum2.(tak pasti senyum sbb hasil yg bagus atau hasil yg takde perubahan..heheh) yang saya tau yg kedua tu lebih baik. Mana taknya..1kotak tu beb..hehehe..org lain jahit 1batang jarum je..hehehhehe

Tingkatan 4

Saya ingatkan sekali lagi.Saya tidak kreatif!!yeee..mmg tidak...ms tingkatan4,ada kelas Lukisan Kejuruteraan . Tiap2 kali ujian saya akan gagal..Setiap kali nak siapkan 1 lukisan,saya mst akan koyakkan lebih dr 3 kertas lukisan.hehehe..untuk lukisan 3D saya telah berjaya membuat lukisan yg bila dihantar cikgu dgn rela hati memberi saya 95%..Waaaaaa...saya ggembira..sengeh smpai telinga..Rahsia kejayaan?saya telah membuat lukisan sehingga patah T-square saya..hahaahahaha...Tgk kejayaan sayaa kebanyakkannya bermula dgn kemusnahan harta benda.hehehe..


Semasa di Politeknik

Ohhh..tidak ada sebarang kemusnahan harta benda...hehehhehe..

Degree di UTM

Yeeeee...ms ni ada kemusnahan sebelum dtgnya kejayaan..hehehe..Saya telah menghabiskan 5test pad utk membuat latihan subjek matematik (latihan utk final exam) yeee..ujian 1&2 saya failed.Subjek ni mmg susah gile..tak ingat sape pensyarahnya..tp ni tak berapa nak musnah sbb saya telah me recycle paper tu semula dgn memadam balik ape yg dah saya conteng dan digunakan utk latihan subjek lain..ohhh..baru teringat..buku nota sy waktu ni dh tak de upe buku..hancur..dan hasilnya saya telah lulus dgn cemerlangnya walaupun bkn A+ hehehehe...


Masa baru beli kereta

Sebelum keluarkan kereta kalu tak silap saya hanya 5x sahaja saya belajar memandu. Itu pun selepas hampir 6tahun saya dapat lesen kereta.Diingatkan semula 5x kali belajar memandu ye..bukan 5x memandu...Selepas tu saya dah keluarkan kereta. Semuanya sebab bos saya yang tak sabar2 tu..baru kerja seminggu dah paksa2 dapatkan kereta. Masa ambil kereta di Perodua, Abah yg drive..Malam tu saya cuba drive di jalan utama.Ni 1st time saya memandu di jalan utama kawasan rumah saya ok!Esoknya saya drive ke tempat kerja.Ni pun 1st time saya memandu seorang diri.Sgt2 takut..Pendek kata 1st day drive kereta seharian aktivitinya adalah 1st time..Ye kemusnahan telah berlaku..1st time saya drive ke kawasan jajahan saya di Rawang.Saya belum sampai di 1st destinasi pun..utk 1st time..utk kereta yg baru berjalan2 1st day..side mirror telah dilanggar oleh lori.Terkulai sudah telinga Si putih saya.Saya berhenti ke tepi..tak tau nak buat apa sbb 1st time.Bawak ke kedai kereta mintak tampal semula sementara nak betulkan di Perodua.Selepas itu,saya yg masih tidak berape mahir memandu telah menyagat tembok tepi jalan..Yeeee..telah musnah bumper depan..sebulan selepas itu,saya telah musnahkan pintu belakang dengan mencium dinding parking.Waaa...kemusnahan telah berlaku sebelum saya mahir drive kereta.Alhamdulillah saya semakin mahir.tidak ada lagi kemusnahan.Semoga saya dijauhkan dari sebarang kecuaian semasa memandu.Sekarng saya dah boleh bawa mak dan adik2 saya ke mana2 saja.Bawak Cik Nana mencari shopping2 complex tuk laburkan duit dia..hehehe...

Bila di tempat kerja

Bos suruh saya jadi Focal utk Microbiology Analysis..Aduh..saya tak pernah menggunakan microscope...adakah kejayaan kali ini bermula dgn kemusnahan harta benda?aAduhaiii..jgn la...mana ada duit nak ganti barang2 yg beribu ringgit ni?Hampir 2bulan saya belajar menggunakan miicroscope tanpa tunjuk ajar sapa2 (Benda ni baru nak di praktikkan di tempat kerja saya so takde sorang pun yang mahir). Setiap hari saya akan balik lewat utk mendapatkan hasil kajian saya ni.Tapi hampa...tiap2 hari saya cuma balik dgn rasa penat yg amat sgt tapi takde hasil.Ohhh..kali ni 2batang pipet dan hampir setengah kotak Slide utk sampel saya dah gunakan.Ada jugak yg pecah..hehehe..tgk!kemusnahan tu...tapi hasilnya hari ni....saya telah mahir menggunakan microscope..saya telah berjaya meng snap si bakteria tgh makan..si bakteria tgh mengawan..si bakteria tgh cit cat dgn kawan2nya..Yeee...betulllll..Saya dh berjaya merakamkan video bakteria sedang menari2 riaang bersama kekasihnya..heheheh..Gembira sgt2...Usaha saya telah berhasil..Tak sabar nak tunggu esk..Nak tunjukkan kat bos hasil kerja saya..hehehe..walaupun tak seberapa..tapi mampu buat mulut org2 yg dengki menjadi bisu!!Caiyokkkkk!!!!!!!!!!!Alhamdulillahhhh...Allah telah mempermudahkan urusan saya..Nanti saya try uploadkan gambar2 bakteria yg comel2 tu utk awk yg baca entri kemusnahan saya ni ek..
emmm..layan la video bacteria yg agk jijik ni...hehehe...Ingat!!Jgn main air longkang